wild hearts can't be broken bitch

Saturday, November 15, 2008

Pengembaraan Tujuh Budak

pada zaman dahulu, ada empat ketul budak. mereka semua datang dari dunia yang berbeza dan mempunyai impian masing-masing. mereka adalah winnie d pooh, poodle, deshinani dan sonianaboniana. mereka berkawan rapat dari standard enam. setelah beberapa tahun, kumpulan mereka pun berkembang. kini, kisah empat budak menjadi kisah tujuh budak pula. winnie d pooh, poodle, deshinani, sonianaboniana, sexy lexy, albert weng dan kucing liar

pada suatu hari, cikgu mereka mengadakan rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri. akan tetapi, rumah terbuka itu diadakan sehari selepas bulan raya habis. sungguh ganjil. jadi mereka pun merancang untuk pergi bersama-sama


pagi itu indah sekali

winnie mengambil lexy terlebih dahulu. kemudian, dia mengambil deshinani pula. dalam perjalanan mengambil deshinani, tayar kereta terpancit pula. sungguh malang lagi kasihan. jadi pengembaraan mereka tertangguh sekejap. namun semangat mereka tidak sedikitpun berkurang. tabah kan mereka? selepas dah ok, mereka pun mengambil poodle dan sonia. mereka berjumpa kucing liar dan albert di rumah cikgu mereka.

meriah sekali rumah cikgu mereka.

sabaik sahaja sampai, mereka pun makan dengan gembiranya

lexy~sonia~winnie

deshinani~poodle

sibuk sungguh cikgu mereka. refill refill!!

sesudah kenyang, mereka pun hilang arah. jadi mereka pun masuk ke dalam rumah cikgu mereka dan menonton televisyen tanpa rasa malu.

fuyoo. hamper berpulun pulun. bahagia betul hidup cikgu mereka

mantap kan cikgu mereka?

kucing liar~albert



lama-kelamaan, mereka pun bosan. maka mereka pun mengambil gambar yang comel comel belaka


senyuman tak ikhlas sang poodle

stokin beraromaterapi milik lexy, sonia dan winnie

sonia yang merasakan dirinya comel

selepas itu, mereka pun ingin balik. jadi mereka bergambar dengan cikgu mereka

albert weng perlu bersedia memasuki pulang ke planetnya. jadi dia pun balik dulu. enam budak lain pula ingin ke lembah tengah. jadi, menaiki kereta kelisa winnie yang comel, mereka pun menyumbatkan diri-diri mereka yang tak begitu kurus itu. muat pula itu. sungguh tidak disangka.

sampai sahaja di lembah tengah, mereka pun ke kedai makan dan makan lagi.

makan sampai tak ingat dunia. tsk tsk.

sesudah makan, mereka singgah di kedai ramuan rahsia. deshinani ingin membeli kek hari jadi untuk adiknya.

deshinani berposing bersama kek mahalnya

selepas itu, mereka pun pulang ke rumah masing-masing. begitulah berakhirnya pengembaraan tujuh budak. walaupun mereka tahu mereka terpaksa pulang ke dunia masing-masing selepas ini, persahabatan mereka terus kukuh dan erat.

yang benar,

~poodle~

8 comments:

jenc-id said...

cheh.. where got crazy..
u bcum poodle...
woof woof woof....
juz kiddin....
ahhaahahhhha
cheryl said u very cute..
ish ish ish

izkc said...

i like dis post =)
entah knp r rase fun bile baca..cam story..hehe

asraf said...

hehe
thx cheryl
u just made my day =)

Anonymous said...

LoL drama betul yet fun. You should publish it into form 2 cerpen book. Gantikan the 'Tujuh puteri turn ke dunia' thingy into thise 'pengembaraan tujuh budak'.

Rate - * * * * * * * * * * * * * * *++++

anuar abadi said...

tak sia2 cikgu ajar B.M,pandai plak buat cerpen...dahlah dengan rencam perisa...ni dah nak tukar profession ke???jadi ape plak???penglipur lara???pengembaraan tujuh budak tadi takde sambungan ke???hit me back...

anuar abadi said...

Terima kasih kerana menghargai dan mengingati ...

Anonymous said...

You should post more with this style of writing. Easy to read yet funny.

thira said...

hahahha.. poodle yg tomei.. uwekkss.. :p